Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin

Event: Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin
Date: 1st August 2015
Time: 7pm - 9.00pm
Venue: Student Islamic Centre, SIC

Alhamdulillah, majlis yang cukup sederhana ini berjalan dengan lancar. Walaupun, diiringi hujan yang sangat lebat, ramai pelajar khususnya dari Wellington telah turun ke SIC dan membuat halaqah bagi menjayakan majlis ini. Semoga semangat dan ukhuwah yang ditunjukkan ini akan terus berkekalan dalam kalangan pelajar di Wellington kerana kita adalah satu keluarga!

Majlis ini dimulakan dengan solat isyak berjemaah, diikuti solat sunat ghaib, bacaan yassin dan tahlil diimamkan oleh pelajar muslimin. Arahan yang diberikan dalam menunaikan solat sunat ghaib adalah sangat jelas dan memudahkan para pelajar yang rata-ratanya menunaikan solat sunat ini untuk pertama kalinya. Mudah-mudahan, Allah menerima doa mereka dan menempatkan arwah ayah kepada sahabat kita, Nasuhaezzaty Mustaffa dalam kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Al-fatihah~

**Para pelajar diasingkan mengikut jantina. Gambar-gambar ini adalah dari bilik wanita sahaja

Comments

Popular posts from this blog

Farewell party Ustaz Erfino Johari

Loving Season?

Who We Are etc